Utiliti bawah tanah ialah infrastuktur asas kemudahan awam yang berada di bawah permukaan tanah. Utiliti-utiliti bawah tanah di Malaysia merangkumi
- Kabel Elektrik
- Kabel Telekomunikasi
- Paip Air
- Paip Gas
- Saliran Pembentungan
Kerja-kerja pengorekan yang dijalankan kontraktor tanpa maklumat lokasi utiliti bawah tanah yang mencukupi boleh menyebabkan gangguan perkhidmatan akibat kerosakan saluran utiliti bawah tanah semasa kerja-kerja pengorekan.
Di Malaysia, peta-peta yang berkaitan utiliti yang terdapat di bawah tanah, di simpan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Data-data ini dibekalkan oleh agensi-agensi Penyedia Utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia Berhad, Gas, Petrolium, Agensi Pembentungan Negeri dan Syarikat Air Negeri. Data-data kemudiannya di simpan di dalam Pengkalan Data Utiliti Kebangsaan (PADU).
Data-data utiliti bawah tanah ini boleh digunakan untuk tujuan
- Perancangan dan pembangunan, mitigasi bencana alam, keselamatan, dan pertahanan negara.
- Rujukan bagi memastikan kelancaran semua kerja-kerja penyelenggaraan utiliti, perancangan dan pembangunan yang melibatkan tanah bawah tanah.
- Membolehkan Kerajaan membuat keputusan yang lebih berkesan dan tepat yang akan menjurus kepada penjimatan kos dalam jangka masa panjang dan dapat mengelakkan bencana dan masalah gangguan perkhidmatan akibat kerosakan saluran utiliti bawah tanah yang berpunca daripada kerja pengorekan yang dilaksanakan tanpa maklumat lokasi utiliti yang lengkap dan tepat.
0 comments:
Post a Comment