Baik sebelum ni di part 1 diterangkan sedikit sebanyak pengenalan tentang kaedah kabel bawah tanah sebagai metod penghantaran tenaga elektrik dan beberapa kerja dan perancangan sebelum melakukan kerja-kerja mencari lokasi kerosakan pada kabel bawah tanah. Part ini pula mendedahkan beberapa kaedah mencari lokasi kerosakan untuk jenis kerosakan litar buka (open circuit)
MENGESAN KEROSAKAN LITAR BUKA (OPEN CIRCUIT)
Seperti yang telah diterangkan pada part 1, jenis kerosakan ada pelbagai. Salah satunya ialah Litar buka (Open Circuit). Kerosakan ini berlaku samaada kabel itu putus atau salah satu pengalir (fasa, neutral atau bumi) yang ada dalam kabel itu putus. Setelah mempastikan kerosakan kabel adalah jenis litar buka (Open Circuit test), maka langkah seterusnya ialah mencari lokasi di mana berlakunya kabel itu putus. Beberapa alat di industri telah digunakan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses mengesan lokasi kerosakan.
Klik gambar untuk besarkan : Antara alat yang mempunyai fungsi Cable Thumper untuk mengesan lokasi kerosakan litar buka
Klik gambar untuk besarkan: beberapa petunjuk untuk mengenalpasti jenis kerosakan
Tidak seperti teknologi cable thumper tadi, penggunaan TDR tidak akan merosakkan penebat kabel kerana Voltan yang disuntik adalah rendah.
Walaubagaimanapun, kelemahan TDR ialah ia hanya dapat memberikan anggaran jarak/lokasi. Kadang-kadang kombinasi TDR dan cable thumper digunakan untuk mencari lokasi kerosakan, di mana TDR digunakan untuk memberikan anggaran lokasi, kemudian cable thumper di gunakan untuk mencari lokasi sebenar tempat kabel itu putus. Dengan kombinasi ini, kerosakan pada penebat dapat diminimumkan kerana masa untuk mencari dimana bunyi arka dijimatkan dengan menggunakan TDR.
Lagi satu kelemahan TDR, apabila kerosakan yang berlaku terlalu dekat dengan tempat TDR menyuntik signal. Oleh kerana terlalu dekat, masa untuk signal merambat juga singkat, menyebabkan signal pantulan tidak dapat disahkan secara pasti, atau signal pantulan terlindung daripada penguji, keadaan ini dipanggil titik buta (blind spot)
Selain itu, gangguan dari gelombang elektrik berdekatan juga boleh menjejaskan signal TDR.
KEHILANGAN KEMUATAN (CAPACITANCE REDUCTION)
Kabel bawah tanah terdiri daripada beberapa pengalir yang disusun secara selari. Bahkan kabel 1 teras sekalipun selari dengan perisai yang bertindak sebagai pengalir bumi.
keratan rentas kabel 1 teras
Pengalir dan perisai pada kabel 1 teras menghasilkan kemuatan
Oleh kerana itu, kabel bawah tanah mempunyai parameter kemuatan yang di ukur dalam Farad per meter (F/m). Bermakna, nilai kemuatan yang di ukur dapat memberikan panjang sesuatu pengalir, berpandukan daripada data yang di dapati dari spesifikasi kabel. Daripada definisi unit kemuatan per meter, dapat disimpulkan, semakin panjang kabel, maka semakin bertambah nilai kemuatan per meter kabel. Untuk kes litar buka didalam kabel, jika salah satu pengalir putus, nilai kemuatan akan berkurang. Dengan mengukur kabel yang telah dipastikan mempunyai kerosakan litar buka, dan kemudian membahagikan dengan nilai kemuatan per meter (F/m), kita dapat menganggarkan jarak kabel dimana berlakunya kabel putus.
Nantikan artikel mencari lokasi kerosakan litar pintas di Part 3...
0 comments:
Post a Comment