Selepas tenaga elektrik di jana di stesen penjanaan (Generation), tenaga akan di hantar kepada pengguna melalui beberapa peringkat bermula daripada peringkat penghantaran (Transmission) dan yang paling akhir sekali ke peringkat pengagihan (Distribution). Tenaga Elektrik sampai kepada pengguna melalui kabel dengan dua kaedah iaitu samaada secara Talian atas (Overhead Lines) ataupun Bawah Tanah (Underground).
Untuk Talian Atas, kabel yang digunakan ada yang bersalut penebat (insulated cable) dan ada juga kabel yang tidak bersalut penebat (uninsulated cable). Untuk kaedah Bawah Tanah pula, kabel yang digunakan adalah jenis bersalut penebat, di tambah dengan perlindungan mekanikal seperti perisai keluli (Steel Wire Armoured) dan perlindungan dari kelembapan, untuk memanjangkan jangkahayat kabel yang mahu ditanam di dalam tanah.
Penghantaran tenaga elektrik melalui kabel bawah tanah mendatangkan cabaran-cabarannya yang tersendiri. Kerosakan-kerosakan kabel yang berlaku pada sistem penghantaran tenaga elektrik boleh menyebabkan gangguan bekalan elektrik, Jenis kerosakan-kerosakan yang sering berlaku baik pada talian atas atau bawah tanah kebiasaannya adalah
- Litar Buka (Open Circuit)-Kabel putus. Kebiasaannya kerosakan ini boleh di ketahui apabila tiada tenaga elektrik dikesan pada hujung tamatan yang sepatutnya ada bacaan Voltan, ataupun tiada bacaan arus pada ammeter.
- Litar Pintas (Short Circuit)- Keadaan ini boleh berlaku apabila kabel fasa (wayar hidup) tersentuh dengan kabel neutral ataupun apabila kabel fasa bersentuh dengan kabel fasa. Selalunya kerosakan ini boleh dikesan jika alat perlindungan litar pintas seperti fius terpelantik yang akhirnya memutuskan bekalan kepada pengguna.
- Bocor ke bumi (Ground Fault)-Keadaan ini pula boleh berlaku kabel fasa(wayar hidup) tersentuh dengan kabel bumi. Kebiasaannya kerosakan ini boleh dikesan apabila alat perlindungan litar bocor ke bumi terpelantik, menyebabkan bekalan terputus kepada pengguna.
0 comments:
Post a Comment