"Hoi! Kalau nak minum tu duduklah! Sunnah! Ko minum berdiri ikut Sunnah siapa hah?", jerkah Mael pada Johan yang sedang minum sambil berdiri. Dek kerana terkejut dengan jerkahan tersebut, Johan tersedak air. Orang-orang di sekitar perkarangan masjid itu pun turut terkejut.
"Kalau ye pun, kau tak payah la nak jerkah-jerkah, ni jerkah-jerkah orang sampai tersedak ni Sunnah Nabi ke? Kau tahu tak ada kes orang meninggal sebab tersedak?" , merah padam muka Johan.
"Ye la kan betul apa yang aku cakap, Sunnah Nabi minum duduk!", Mael mempertahankan pendiriannya. "Dalam hadis pun ada sebut, semua orang Islam masuk Syurga kecuali mereka yang enggan, kau nak tahu siapakah golongan yang enggan tu? Orang yang tidak beramal dengan sunnah Nabi, paham?!!!"
"Amboi amboi amboi sedapnye mulut kata orang lain masuk neraka, apa kau ingat syurga neraka tu atuk kau yang buat?", sanggah Johan.
"Hey, atuk ko jangan buat main eh, kang tak pasal-pasal tangan aku ni sampai ke kepala kau", Mael meninggikan suaranya tanda amaran.
"Hey Mael, aku nasihatkan kau pergi mengaji lagi la, ni tak, baru baca dua tiga hadis dah memandai nak jadi mufti" , perli Johan.
"Suka hati aku lah! Pokok pangkalnya sekarang kau tu sudah ingkar Sunnah!" , tegas si Mael lagi.
"Aku nak tanya kau sekarang, ilmu kau dah tinggi kan? so aku nak tanya kau, berdosa kah aku minum sambil berdiri? Minum sambil duduk ni...Sunnah yang wajib atau Sunnah yang sunat?", Johan menduga si Mael.
"Apa benda yang kau tanya ni? Kau jangan cuba nak kelirukan aku, Sunnah yang wajib lah, Sunnah yang sunat lah, berbelit-belit! Kau jangan nak cipta berbagai alasan untuk membenarkan perbuatan kau tadi, perbuatan kau tadi ingkar Sunnah, minum sambil berdiri!", bentak si Mael.
"Aku bukan nak buat alasan, aku pun tahu, minum duduk tu Sunnah. Cuma tadi aku terlupa", jelas Johan.
"Ha cakaplah terlupa, ni nak putar belit lagi, Sunnah wajib la, Sunnah sunat lah", puas hati si Mael, fikirnya dia berada di pihak yang betul.
"Tapi cara kau menegur tadi salah, jerkah-jerkah orang. Jangankan kata terlupa, kalau aku sengaja minum sambil berdiri sekalipun tetap tidak salah, pasal ini bukan benda wajib, ini kan sunat sahaja. Kalau aku buat aku yang untung, kalau aku tak buat, aku sendiri yang rugi. Sedangkan kau tetap dapat ganjaran sebab sudah menyampaikan ilmu walaupun aku tak buat.", Johan menjelaskan, kali ni dengan suara yang sedikit rendah daripada tadi, riak wajahnya juga sudah beransur tenang.
Johan menyambung lagi, "Jangan samakan orang yang tak buat Sunnah dengan orang yang tak buat benda wajib atau buat benda haram. Tu...ramai kawan-kawan kita yang masih mabuk-mabuk di kedai-kedai yang menghidangkan arak di bandar sana. Apasal kau tak jerkah diorang, napa kau lalu je depan kedai buat muka selamba?"
"Tak kan lah aku nak memalukan diorang depan orang ramai...", hujah si Mael, dia mula serba salah, seolah-olah dia sudah dapat menghidu akan kesilapannya.
"Hah, tau pun kau memalukan, habis sekarang ni kau tak terasa yang kau dah memalukan aku ke? Tu jemaah yang sedang duduk di tangga tu dari tadi memerhatikan kita.", Johan cuba menyedarkan akan kesalahan perbuatan sahabatnya itu.
"Aku bukannya buat benda haram pun, ataupun meninggalkan suruhan yang wajib. Kan dah belajar dalam kelas fiqh setiap lepas maghrib, sunat ni buat dapat pahala, tak buat tidak berdosa. Mana ada paksaan dalam perkara-perkara sunat ni. Macam tadi aku kata, ada Sunnah yang wajib, ada Sunnah yang sunat. Apa contoh Sunnah yang wajib? Banyak, antaranya solat lima waktu. Kenapa Sunnah? Sebab nabi buat solat lima waktu, setiap apa yang nabi buat, cakap atau suruh itu adalah Sunnah. Kenapa dikatakan solat lima waktu itu Sunnah yang wajib? Sebab pertamanya memang solat lima waktu itu Allah perintah wajib dalam Al-Quran, kedua sebab nabi tidak pernah tinggal solat lima waktu, setiap perkara yang nabi tidak pernah tinggal itu Sunnah yang wajib.", panjang berjela syarahan si Johan.
Sambung Johan lagi, "Nah, bagaimana pula yang di katakan Sunnah yang sunat, pertamanya tidak ada suruhan atau larangan yang jelas baik dari Al-Quran ataupun hadis, keduanya Rasulullah pernah tidak buat atau pernah tinggalkan perkara itu, menunjukkan yang benda itu tidak wajib. Contohnya macam kes tadi, minum duduk memang Sunnah sebab nabi selalu kalau dia minum, bagida minum dalam keadaan duduk, tapi ada kalanya jugak baginda minum sambil berdiri, sebab ingin menunjukkan yang minum berdiri itu tidak di larang. Itulah Mael, sedarlah betapa pentingnya kefahaman di dalam beragama. Kalau tidak, takut nanti kita yang akan membuka pintu fitnah kepada agama kita sendiri. Tu tadi, kalau orang bukan Islam nampak tadi, bukankah memberikan gambaran buruk tentang Islam? Dah la kau jerkah-jerkah orang di kawasan masjid pulak tu, Rumah Allah".
"Yelah yelah aku salah, aku minta maaf", jawab Mael perlahan. Namun seperti masih ada ego di sebalik nada jawapannya.
"Apapun terima kasih jugak la Mael, sebab tolong ingatkan aku. Serius tadi aku betul-betul terlupa." Tidak lama selepas itu azan asar pun bergema menandakan waktu solat asar sudah masuk. Jemaah mula berkerumun ke tempat mengambil Wudhu termasuklah Mael dan Johan.