Pengalir ialah bahan yang membenarkan arus elektrik melaluinya, oleh kerana itu, bahan ini selalu digunakan dalam pembuatan wayar, kabel, talian dan sebagainya. Wayar/kabel ini pula banyak aplikasinya dalam bidang elektrik dan elektronik, ia digunakan untuk menghubungkan komponen-komponen dalam litar elektrik atau elektronik baik jauh ataupun dekat, selama mana teknologi tanpa wayar tidak terlibat.
BAHAN PENGALIR
Bahan pengalir kebanyakannya terdiri daripada logam, jika merujuk kepada jadual berkala unsur bahan pengalir ini ada terdapat dalam Kumpulan 1 (kecuali Hidrogen), Kumpulan 2, Unsur-unsur Peralihan (Lajur 3-12), Kumpulan 3 (kecuali Boron), Kumpulan 4 (kecuali Karbon, Silikon dan Germanium), Kumpulan 5 (kecuali Nitrogen, Posforus, Arsenik dan Antimoni), Kumpulan 6 (kecuali Oksigen, Sulfur, Selenium, Telerium dan Polonium), Semua bahan dalam Siri Lantanida dan Aktinida.
Selain Logam, terdapat juga gas yang boleh mengalirkan arus elektrik, tetapi pada Voltan yang tinggi. Seperti Gas Neon (menghasilkan cahaya oren apabila arus melaluinya),
Larutan Asid, Larutan Alkali dan air yang mengandungi garam/mineral juga boleh mengalirkan arus elektrik sebagaimana yang kita boleh lihat aplikasinya didalam bateri kenderaan.

















0 comments:
Post a Comment