Seperti dalam post saya sebelum ini, saya ada bercerita panjang lebar tentang betapa rendahnya maruah Islam sebagai agama wahyu jika cuba sedaya upaya ingin dipadankan mengikut piawaian sains dalam menentukan sesuatu itu betul atau salah. Kita semakin lama semakin di illusikan oleh ilmu sains sehingga golongan agamawan juga sudah mula menggali mana ayat-ayat Al-Quran yang sepadan dengan sains, tetapi apabila terdapat penemuan sains yang bercanggah dengan Al-Quran, kelam kabut pula mereka hendak mereka-reka alasan dan tafsiran baharu. Pelik tetapi benar, siapa yang patut ikut siapa? Al-Quran kena ikut Sains ka atau Sains yang mesti ikut Al-Quran? Kekeliruan sebeginilah yang akhirnya akan melahirkan cerdik pandai yang asalnya muslim tetapi akhirnya akan bertukar menjadi atheist. Al-Quran bukan buku saintifik yang ingin dibuktikan kebenarannya dengan eksperimen-eksperimen sains yang belum tentu sempurna dari segi hipotesis dan pemboleh-ubahnya. Lagi pula eksperimen yang dilakukan dibatasi dengan tahap pemikiran/ilmu manusia pada waktu itu dan teknologi yang ada pada masa itu.
Kajian-kajian sains adalah hasil daripada pemikiran akal logik manusia yang terbatas. Oleh itu penemuan dan teori sains senantiasa berubah-berubah mengikut faktor masa, keadaan dan teknologi pada waktu ia di temukan. Penemuan atau teori sains pada masa lalu mungkin sudah tidak boleh di pakai pada masa kini, dan begitu juga dengan penemuan sains pada masa kita sekarang, mungkin pada zaman anak cucu kita penemuan baru pula yang akan muncul dan bercanggah dengan dengan teori yang kita buat. Justeru itu, wajarkah kita menjadikan sains sebagai piawaian terhadap Al-Quran dan Hadis? Adakah apabila Hadis yang memang telah diakui kesahihannya dari segi ilmu Hadis terpaksa dikaji semula atau dihukumkan sebagai Hadis palsu jika bercanggah dengan penemuan sains yang terbaru? sedangkan ahli-ahli dalam ilmu hadis sudah lama mensahihkan hadis tersebut?
Dan ternyata bukan saya seorang sahaja yang berpendapat sebegini, sila baca artikel ini, yang diambil daripada laman web root of science yang mana ada bahagian-bahagian didalam artikel itu senada dengan saya iaitu....
"...........Dan aku sememangnya tidak bersetuju dengan pendekatan yang mana ayat-ayat Quran dipadankan dengan fenomena-fenomena sains kerana bagi aku, ini hanyalah pada tahap yang superfisial. Fenomena sains boleh berubah dan Quran bukan buku saintifik. Dan agama tidak perlu menjadi apologis, tersipu malu kepada sains sehingga mendesaknya untuk menggali ayat-ayatnya sendiri untuk dibandingkan dengan sains. Secara implisit menjadikan sains sebagai piawai (standard) kepada agama, sesuatu yang menjatuhkan taraf agama (dan timbul persoalan kenapa mesti sains yang menjadi piawai kepada agama? Dan apakah sains sahaja satu-satunya yang membawa metodologi yang betul?)..............?"
Saya seperti penulis artikel di atas, bukanlah anti kepada sains, bahkan saya juga seperti beliau daripada aliran sains sejak daripada sekolah menengah sehinggalah ke kolej matrikulasi, dan sehingga kini pun saya masih mengikuti penemuan-penemuan sains yang terbaru. Namun, itulah sekali lagi diingatkan, sains adalah ilmu buatan manusia yang tidak boleh lari daripada kesilapan, sentiasa berubah-ubah mengikut teknologi yang ada pada masa itu. Oleh itu, sebagai Orang beriman, lain kali, sekiranya kita berjumpa atau di momokkan dengan satu kenyataan sains yang bercanggah dengan Al-Quran atau pun Hadis yang Shahih, jangan ragu-ragu lagi, tolak sahaja kenyataan sains yang bercanggah itu, dan pegang sahaja Al-Quran dan Hadis kerana Rasululullah yang jamin kalau kita ikut kedua-duanya pasti tidak akan sesat selama-lamanya.
Sebagai penutup, saksikan video klip dibawah, sama-samalah kita mengambil pengajaran!Jadilah manusia bukan Kera Evolusi.

0 comments:
Post a Comment